Wednesday, October 15, 2014

KHASIAT & FAEDAH RAJA SPIRULINA

Share



Bukan semua Spirulina dicipta sama dalam Peningkatan Faedah Kesihatan kerana hanya ELKEN SPIRULINA menyediakan Pembangunan dan Penyelidikan, Pengkulturan, Kecemerlangan Kualiti dan Komposisi Khasiat Makanan No.1. Kesemua kombinasi diatas membekalkan faedah peningkatan kesihatan yang terbaik daripada Elken Spirulina.
 
UNTUK IBU-IBU YANG MENGANDUNG
 

- Memberikan yang terbaik untuk bayi anda, Elken Spirulina ialah makanan serba semula jadi yang membekalkan kesemua 46 jenis nutrien perlu termasuk besi dan asid folik pada kadar 5 kali ganda lebih banyak daripada kacang soya dan 68 kali lebih kaya daripada bayam. Ia membantu kedua-dua kesihatan ibu dan keperluan perkembangan janin.
 
 - Elken Spirulina boleh membantu mengurangkan risiko bahaya kelahiran. Surat khabar The Star 22/06/2003 melaporkan bahawa klorofil dapat mengurangkanrisiko kehilangan darah yang berlebihan sementara Vitamin K membantu memberhentikan pendarahan. Elken Spirulina membekalkan Vitamin K, dan 30 kali lebih banyak klorofil daripada alfafa, barli atau anak gandum.


UNTUK BAYI
 

-Komposisi kaya khasiat Spirulina menjadikannya makanan tambahan yang popular di Mexico, ia telah digunakan untuk menghasilkan formula bayi - hidangan berkhasiat yang lengkap. Akhir-akhir ini, ramai bayi yang sihat dan kuat sudah menjadi testimoni kepada faedah Elken Spirulina.
 
 - Asid Gama Linolenik (GLA) membantu mengurangkan kemungkinan bayi menghadapi masalah kulit sensitif dan asma. Elken Spirulina mengandungi 3 kali lebih banyak GLA berbanding minyak Primros Kembang Petang /Evening Primrose oil (EPO), serta dapat dijadikan serbuk demi pengambilan mudah.
 
 
UNTUK KANAK-KANAK
 

- Pada tahun 1992, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menghuraikan Spirulina sebagai "Suplemen nutrien yang cemerlang untuk kanak-kanak" sementara Professor Keiun Kodo, Bapa Elken Spirulina, menjelaskan bahawa Elken Spirulina adalah sempurna untuk perkembangan sel otak dikalangan kanak-kanak.
 
 - Health Today, keluaran Oktober 2003, telah menegaskan bahawa, antara lainnya, Vitamin E, Beta Karotena dan Zink sebagai penggalak keimunan kepada kanak-kanak yang sedang membesar. Satu kajian yang dilakukan pada tahun 1994 oleh Universiti Nutrisi Kagawa, Jepun mengesahkan bahawa Spirulina berupaya meningkatkan keimunan. Elken Spirulina membekalkan kesemua kebaikan disamping kalsium dan magnesium membantu membina tulang dan gigi yang kuat terutama dikalangan kanak-kanak yang sedang membesar.
 
 
UNTUK AHLI SUKAN
 

- Surat Khabar The Star 22hb Jun 2003 melaporkan bahawa "bacaan analisis typical terhadap Spirulina adalah seperti multivitamin dan pembentukan mineral tetapi ia jauh lebih unggul kerana ia mengandungi klorofil, beta karotena disamping 10 bentuk karotenoid yang lain, asid lemak perlu GLA dan phitokimia seperti phikosianin, glikolipid dan sulfolipid yang diperlukan untuk pembaikan sel."
 
 - Protein adalah perlu untuk pembentukan otot yang sihat. Elken Spirulina membekalkan 18 jenis Asid Amino (protein) untuk membantu proses ini.
 
 
UNTUK EKSEKUTIF YANG SIBUK

 

- Untuk mengatasi radikal bebas yang membahayakan kesihatan yang datang bersama-sama dengan persekitaran komputer, Ahli Kiropraktik Amerika Syarikat Clyde Ford mengesyorkan pengambilan Vitamin A, E dan Soperoksida Dismutase (SOD). Elken Spirulina membekalkan semua ini, dengan Vitamin A daripada Beta karotena, yang 3 kali ganda lebih tinggi di kalangan pengguna spirulina dalam kajian klinikal yang di jalankan oleh Dr Yasumasa Kodo. Maklumat perubatan oleh Merck Manual yang berwibawa mengatakan bahawa Beta Karotena adalah lebih selamat berbanding vitamin A, kerana vitamin A boleh menyebabkan KETOKSIKAN yang terlampau jika diambil terlalu banyak, manakala Beta Karotena tidak mendatangkan kesan sedemikian.
 
- Jadual kerja yang sibuk menyebabkan diet yang tidak sihat, penghadaman yang lemah serta nafas berbau. Elken Spirulina adalah 100% alkali, lantas ia dapat Mengurangkan ketidakhadaman dan kepanasan badan akibat kandungan yang banyak asid dalam diet penuh daging. Elken Spirulina juga mengandungi 10 kali lebih banyak klorofil berbanding sayuran hijau. Surat khabar The Star 22/06/2003 melaporkan bahawa klorofil dapat mengurangkan nafas berbau dan penyakit gusi. Ia juga meningkatbaikkan penghadaman dan menghindarkan sembelit.
 
UNTUK WANITA
 

- Elken Spirulina mengandungi 2 kali ganda GLA berbanding EPO, lebih berupaya melegakan simptom Sindrom Prahaid(PMS), Ia juga kaya dengan besi organik untuk pembentukan tenaga dan darah yang sihat.
 
- Produk Antipenuaan biasanya menggunakan Asid Amino (Protein) dan Beta Karotena. Elken Spirulina membekalkan Asid Amino yang mudah diserap, mengandungi paras protein yang dua kali lebih kaya daripada kacang soya dan 6 kali ganda lebih daripada telur. Paras Beta Karotenanya yang tinggi telah dibuktikan oleh kajian yang dijalankan oleh Dr Yasumasa Kodo. Elken Spirulina juga membantu wanita yang berumur lebih daripada 35 tahun mengurangkan risiko rapuh tulang, memandangkan ia kaya dengan kalsium dalam bentuk makanan asli yang selamat.
 
 UNTUK VEGETARIAN
 

- Elken Spirulina merupakan makanan Vegetarian yang lengkap, boleh membantu pengamal Vegetarian yang ketat yang tidak makan sebarang produk haiwan mengurangkan risiko kekurangan Vitamin B12 dengan membekalkan 2.5 kali lebih banyak Vitamin B12 daripada hati lembu, dipercayai sebagai sumber terbaik vitamin B12.
 
 
UNTUK PEROKOK
 

 - Perokok dan kaki botol didapati mempunyai kepekatan Beta Karotena (sejenis antioksidan) darah yang 2 kali lebih rendah berbanding dengan orang biasa. Keadaan ini mendedahkan mereka kepada kesan mudarat radikal bebas. Elken Spirulina mengandungi 40-60 kali banyak Beta Karotena dari pada bayam dan 25 kali lebih daripada karot. Menurut kajian klinikal Dr Yasumasa Kodo, Elken Spirulina dapat meningkatkan paras beta karotena sehingga 3 kali ganda untuk melawan radikal bebas.
 
 UNTUK WARGA TUA


 - Elken Spirulina berasal daripada Jepun, negara yang terkenal dengan rakyat yang panjang usia. Kealkalian Elken Spirulina yang 100% membantu menggalakkan penghadaman, melindungi buah pinggan dan melegakan kesakitan yang berpunca daripada athritis kronik. Kesan Spirulina adalah untuk mencegah kegagalan buah pinggang akibat dadah farmaseutik yang telah disahkan oleh kajian Jepun yang diterbitkan dalam Eisei Kagaku, 36:5, 1990.
 
- Pada tahun 2002, The University of South Florida Centre for Ageing and Brain Repair mendapati bahawa Spirulina berfaedah untuk merawat penyakit Alzheimer dan Parkinson.
 

 Aturan makan:-
Dewasa = 5-10 biji 2-3 kali sehari
Kanak-kanak = 1-4 biji 2-3 kali sehari
*2 biji sehari pagi & mlm sudah memadai..

Pemakanan Seimbang : SPIRULINA

Share


Elken Spirulina telah diakui oleh Euromonitor Antarabangsa sebagai jenama spirulina No.1 di Malaysia untuk 10 tahun berturut-turut. Kenapa Elken Spirulina pilihan konsisten rakyat Malaysia?

1. Spirulina Ialah Juara Dalam Aspek Komposisi Zat Nutrisi
  • Digelar sebagai sumber makanan yang paling lengkap di dunia, ia mengandungi lebih daripada 100 nutrien, termasuklah 46 nutrisi penting yang diperlukan oleh badan.
  • Mengandungi 5 kelas nutrisi penting yang utama – protein, lemak, karbohidrat, zat galian, dan vitamin demi pertumbuhan, perlindungan dan kesihatan.
  • Kaya dengan pelbagai antioksidan penentang penyakit seperti klorofil, beta karotena, xantofil dan fikosianin yang penting untuk mempercepat pemulihan sel, mengekang masalah penuaan dan membendung pertumbuhan sebarang sel-sel barah.
  • Tumbuhan bersel tunggal yang mudah dihadam dan diserap oleh badan, walau terhadap bayi, warga tua dan pesakit.
  • Pengambilan Elken Spirulina secara harian dapat memenuhi keperluan nutrisi harian badan anda kerana ia sejenis suplemen makanan yang lengkap.

2. Spirulina Mempunyai Kandungan Nutrien Yang Seimbang
  • Mengandungi nisbah nutrient yang seimbang demi mengoptimumkan penyerapan.
  • Kesemua protein yang terdapat di dalam spirulina adalah lengkap secara biological dan seimbang, membekalkan 8 asid amino perlu serta kebanyakan vitamin, galian dan nutrient yang lain dalam nisbah spirulina.
3. Spirulina Diiktiraf Sebagai Makanan Kesihatan Tertunggal Di Seluruh Dunia.
  • Dinamai sebagai “Makanan Terbaik untuk Masa Depan” oleh Organisasi Pertanian dan Makanan (FAO) dan Pertumbuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
  • “Spirulina ialah Makanan yang Paling Ideal untuk Abad ke-21”-FOA, PBB
  • Digelar sebagai “Suplemen Nutrien Terunggul” oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA), Amerika Syarikat.
  • Dituntut sebagai “Makanan Semula Jadi yang Terbaik” dalam Expo Makanan Antarabangsa di German Barat.
  • “Spirulina ialah Suplemen Kesihatan yang Terbaik untuk Manusia pada Abad ke-21” – Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
  • “Spirulina Salah Sejenis daripada 38 Jenis Suplemen Kesihatan” – Persatuan Kesihatan Jepun.
4. Elken Spirulina Terbukti 100% Organik
  • Produk organik yang mempunyai gred tertinggi (100% organik) yang diiktiraf oleh CERES.
  • Penyemaian, pemprosesan, pengurusan dan penyimpanan adalah selamat daripada sebarang bahan kimia yang berbahaya – racun serangga, racun rumpai, antibiotic atau pengubahsuaian genetik.
  • Pada umumnya, makanan organik mempunyai nilai nutrisi yang 4 kali lebih tinggi daripada makanan yang dihasilkan melalui cara tradisional.

5. Teknik Dan Penyemaian Elken Spirulina Yang Unggul
  • “Bapa Elken Spirulina”, Profesor Keiun Kodo terkenal dengan sumbangannya dalam penyelidikan spirulina dan kemudahan penghasilannya melalui metode dan teknik yang paling optimum dalam penanaman spirulina untuk kegunaan harian bermula tahun 1973.
  • Elken Spirulina terdiri daripada Spirulina Platensis, spesies yang terbaik dalam kalangan 35 jenis alga biru yang boleh dimakan.
6. Elken Spirulina Ditanam Di Dalam Kolam Penanaman Bersih Yang Pertama Di Dunia
  • Pada tahun 1976, Profesor Keiun Kodo telah membina kolam bersih yang pertama untuk menanam spirulina yang tidak tercemar dan bermutu tinggi bersama seorang lagi pakar spirulina, Profesor Watanabe dari Universiti Tokyo.
  • Proses pertumbuhan Elken Spirulina dipantau sepenuhnya agar syarat untuk pertumbuhan optimum dipenuhi seperti sinaran matahari yang mencukupi, suhu tropical yang ideal, air garam alkali yang semula jadi, bekalan oksigen dan nutrient yang mencukupi.
  • Proses penuaian juga melibatkan proses pemilihan yang dipantau dengan ketat dan dikeringkan secara semburan melalui proses berteknologi tinggi demi mengekalkan komposisi nutrisinya.
  • Serbuk Elken Spirulina kemudiannya dimampatkan melalui teknik yang khusus untuk mengekalkan kestabilan nutrien dalam bentul tablet dengan melekatkan serbuk tanpa menggunakan sebarang bahan tambahan. Proses ini memastikan bahawa spirulina dapat dihasilkan dalam bentuk yang paling tulen.
7. Elken Spirulina Disokong Oleh Proses-Proses Yang Diiktiraf Serta Kajian Klinikal
Kajian klinikal ke atas Elken Spirulina menunjukkan bahawa ia berupaya:
- Mengurangkan LDL (kolestrol buruk) sebanyak 78.9%.
- Super Oksida Dismutase (SOD) yang tinggi membantu memperlahan penuaan sebanyak 50%.
- Meninggikan mikroflora yang baik dalam usus sebanyak 16%.
- Mengurangkan penyakit Hati Berlemak (FLD) setinggi 50%.
- Meningkatkan kepekatan beta karotena dalam darah sebanyak 3 kali ganda.
 
8. Elken Spirulina Adalah Satu-Satunya Penerima JHFA (Spirulina) Di Malaysia
  • Persatuan Makanan Kesihatan Jepun (JHFA) mempunyai piawai yang amat tinggi dan ketat serta hanya memperakui makanan yang kesemua bahannya terbukti secara saintifik baik untuk kesihatan dan penambahbaikan keadaan fizikal.
  • JHFA disahkan oleh Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Jepun dan Persatuan Asasi Kesihatan Jepun/Persatuan Makanan Berkhasiat.
  • Hanya 30% daripada makanan kesihatan yang dijual di Jepun diiktiraf JHFA.
  • Elken Spirulina telah dikurniai pengakuan JHFA secara berterusan sejak tahun 1996.
9. Jaminan Kualiti Elken Spirulina
  • Proses penanaman disahkan bebas daripada mikrosistin oleh Institut Sains Perikanan, Universiti Kebangsaan Taiwan
  • Proses pra-pengeluaran disijilkan dengan ISO 14001 SGS, UK
  • Proses pasca-pengeluaran berlangsung di sebuah kilang yang disijilkan GMP di Taiwan
  • Dibungkus dalam sebuah kilang yang disijilkan GMP dan ISO di Malaysia
  • Diperakui oleh Autoriti Kawalan Dadah di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Disahkan halal oleh Jakim (Jabatan Kemajuan Islam) di Malaysia
10. Elken Spirulina Telah Memenangi Pelbagai Anugerah Antarabangsa
  • Daripada Badan Kerajaan:Anugerah Pingat Emas oleh Bahagian Pertanian Rantau Taiwan dan Persatuan Pertanian Kebangsaan, dll. Untul proses penanaman yang mesra alam dan popularity
  • Daripada Industri Makanan Kesihatan: Anugerah Emas oleh Persatuan Makanan Kesihatan Taiwan
  • Daripada Pengguna: Anugerah Permata Emas oleh Persatuan Pengguna Taiwan
  • Daripada Industri Antarabangsa: Anugerah Berkualiti Bioteknologi dan Penjagaan Kesihatan Kebangsaan oleh Institut Bioteknologi dan Industri Perubatan





Wednesday, October 08, 2014

Pemakanan Seimbang : KINGTON MINERALE

Share
Kebanyakan penyakit masyarakat moden seperti keletihan, tekanan dan ketidakseimbangan hormon adalah disebabkan oleh kekurangan mineral dalam badan. Badan kita tidak dapat menghasilkan minerals, maka kita perlu memperolehi mineral daripada makanan kita. Namun kandungan mineral makanan hari ini adalah sangat rendah kerana mineral dalam tanah telah habis ataupun disalurkan ke dalam laut oleh air hujan.

Memperkenalkan, Kington Minérale

4 CIRI-CIRI:

Mengandungi kepekatan mineral tinggi yang lengkap, seimbang dan kaya dengan mineral surih.
Keberkesanan terbukti melebihi 100 tahun.
Dikumpul dari pusaran plankton eksklusif .
Mengandungi 83 elemen bioketersediaan.

Kington minérale, dengan ciri-ciri uniknya boleh membekalkan mineral yang berkepekatan tinggi, sempurna dan seimbang untuk kegunaan badan. Kington Minérale adalah sangat efektif untuk mengganti semula mineral badan kita dengan mineral surih untuk mencergaskan, meningkatkan prestasi dan menguatkan badan kita.

Kehidupan yang cergas berasaskan Kington Minérale..

Step 4 : PELARASAN KESIHATAN

Share
Untuk Kesihatan Sistem Yang Disasarkan

...untuk mencapai kesihatan tubuh badan yang menyeluruh, langkah ke 4 program MRT ini disepadukan dengan unsur-unsur Perubatan Alternatif dan saling Melengkapi (CAM) untuk menyasarkan sistem organ tertentu didalam tubuh manusia.

langkah ke4 menyasarkan kekurangan dalam sistem organ dan menawarkan suplemen pelengkap untuk membantu proses penyembuhan di bahagian-bahagian yang terjejas.


Step 3 : DETOKSIFIKASI

Share
Tubuh kita perlu dinyahtoksik setiap hari. Jika tidak, makanan yg tidak dihadamdan tidak dapat diserap akan menjadi  'sisa toksik'  yg meresap melalui dinding usu dan kemudiannya diserap semula ke dalam kapilari darah dan diedarkan ke seluruh tubuh.

langkah 3 MRT bertujuan untuk menyahtoksik tubuh kita secara semula jadi dan berkesan.



Step 2 : PENINGKATAN PENGAMBILAN OKSIGEN

Share
Gaya hidup yg sibuk masa kini menyebabkan kita tidak ada masa utk bersenam.
Ditambah pula dengan pencemaran perindustrian, kita sering mengalami kekurangan pengambilan oksigen yg berkualiti tanpa disedari..

langkah 2 MRT membantu meningkatkan pengambilan oksigen melalui senaman (serta guasa) dan suplemen.




Step 1 : PEMAKANAN SEIMBANG

Share
Utk mengekalkan kesihatan yg optimum, tubuh kita memerlukan 46 nutrien perlu setiap hari utk pertumbuhan, pembangunan, pemulihan dan fungsi2  harian.
Memandangkan fungsi2 nya saling berkait rapat, adalah penting untuk memastikan pengambilan pemakanan yg seimbang.

langkah 1 MRT bertujuan mencegah dan memperbetulkan ketidakseimbangan pemakanan zaman moden dengan suplemen berkhasiat..


SAINS ASAS

Share

Mengapa kita memfokuskan kpd sel individu? sel-sel merupakan asas atau blok binaan bg tubuh manusia. Jika sel anda tidak sihat, asas anda akan menjadi tidak stabil dan seluruh tubuh anda akan terjejas. beberapa faktor yg kebiasaannya boleh menyebabkan sel-sel anda tidak sihat termasuklahpencemaran udara, pencemaran air, tekanan harian, kurang bersenam, gaya hidup, yg tidak menentu serta diet yg tidak seimbang......


berkongsi KURNIAAN KESIHATAN

Share
assalamualaikum...

 Terapi Pembaharuan Molekul (MRT) ialah satu program pengurusan kesihatan yg komprehensif utk mencapai kesihatan dan kesejahteraan yg optimum. Program pengurusan kendiri utk mencapai kehidupan sihat ini adalah berasaskan kajian holistik tentang aktiviti sel manusia yg dibangunkan di Amerika Syarikat pada tahun 1975, kami mengembangkan MRT kepada 4 langkah berikut:

  1. PEMAKANAN SEIMBANG
  2. PENINGKATAN PENGAMBILAN OKSIGEN
  3. DETOKSIFIKASI
  4. PELARASAN KESIHATAN
utk sistem2 organ yg tertentu..
  • sistem peredaran
  • sistem keimunan
  • sistem pencernaan
  • sistem perkumuhan
  • sistem endokrin
  • sistem pembiakan (wanita)
  • sistem pembiakan (lelaki)
  • sistem otot rangka
  • sistem pernafasan
  • sistem saraf pusat